C I N D E R E L L A


ENTRY ABOUT LINKS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER PAST +FOLLOW

Warkah Buat Awak ッ

Assalamualaikum , hai awak awak awak dan awak yang comel tu . Awak jangan lah pandang kite , kite tahu gambar kita kat atas tu memang comel sangat ! ROFL *boleh tolak aku masuk gaung sekarang* About one week jugak lah tak update blog ni kan ? Biar lah hari ni aisyah macam malas lah nak cuci ,biar ah nak bela spiderman ah pulak lepas ni . LOL So apa khabar ? Sihat ? Cuti ni pergi holiday mana ? Hmmm mesti pergi Perth . Eh . Hahaha . Aisyah holiday dengan tution center ja . Today rasa macam takberapa nak selesa sikit . Tah lah kenapa , lemah sangat . Lapar sangat lapar sebab dari pagi tak makan apa pun . Just makan caramel je . Tadi pergi tusyen pun dah macam mayat hidup ja aku . Sangat letih . Tadi lepas solat maghrib ada lah makan pau , tu pun punya susah nak habiskan . Nak makan nasi takut takhabis pulak . Dah nampak aku makin kurus je ni . Ya Allah . Hmmm .
Bertemu diri mu adalah takdir ku , menjadi kawan mu adalahh pilihan ku , untuk jatuh cinta kepada mu bukanlah satu kebetulah , tapi ia adalah sesuatu yang telah ditentukan
Buat awak bakal imam saya satu hari nanti , saya ada kirim kan awak satu warkah untuk awak baca .  So awak kena baca dengan teliti k . Walau siapa pun awak , walau dimana pun awak . Percayalah satu hari nanti In Shaa Allah kita akan bersama . Tidak ku pinta yang menawan tidak ku harap yang hartawan bukan jua kerana kedudukan cuma ku damba insan yang sepadan . Saya tak mencari lelaki seteguh Ibrahim kerana saya tahu saya tak sekuat Hajar , saya juga tak mengharap teman setampan Yusuf kerana saya tahu kasih saya tak setulus Zulaikha . Saya takmencari teman sehebat Sulaiman kerana saya tak secantik Balqis dan saya juga tak mengharap teman sesempurna Rasulullah kerana saya tahu saya tak sehebat Khadijah . Tapi saya cuma berharap seorang teman yang mampu membimbing saya ke jalan-Nya , ingatkan saya tentang rasul-Nya , sentiasa tegur kesilapan saya , sentiasa ada dengan saya walau apa pun yang terjadi , yang mampu menjadi seorang yang terbaik untuk saya , mampu menjadi imam saya suatu hari nanti dan hanya takdir Allah saja yang mampu memisah kan kita . In Shaa Alah :)

Ya Allah , jika aku jatuh cinta , cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu ,agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu . Ya Allah , jika aku rindu , jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu , Ya Muhaimin , jika aku jatuh cinta , jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu . Ya Allah , andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehmu kepadaku , maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah keranaMu . Amin :)

Ruang yang kosong di hati manusia selalu tercari cari untuk di isi sama ada dengan kasih sayang , harapan mahupun semangat . Tapi kadang kadang apa yang datang pada kita bukan seperti apa yang kita harapkan yang ada cuma kekecewaan , kesedihan dan kesunyian . Harapan saya semoga hari ini ketabahan dan kesabaran menemani kita dan insya Allah hari esok Allah akan anugerahkan azimat pengubat duka semalam .
Assalamualaikum :)



0 alien[s]